1. Apakah jenis produk yang ditawarkan oleh SITIMURNI?
SITIMURNI menawarkan pelbagai koleksi eksklusif termasuk telekung, tudung, inner, jubah
dan dress Muslimah, serta perfume. Setiap produk direka khas untuk menyerlahkan
keanggunan wanita moden dengan sentuhan sederhana dan elegan.
2. Di manakah lokasi butik SITIMURNI?
Butik SITIMURNI terletak di
28-G, Blok A, Jalan Atmosphere 3, Jln Putra Permai,
Pusat Perniagaan Atmosphere, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
Pelanggan juga boleh membuat pembelian secara dalam talian
melalui laman web rasmi kami di www.sitimurni.my
.
3. Adakah produk SITIMURNI sesuai untuk semua peringkat umur?
Ya. Koleksi kami direka untuk memenuhi citarasa wanita dari pelbagai peringkat umur,
sama ada remaja, wanita bekerjaya mahupun suri rumah,
dengan fokus pada keselesaan, gaya dan kualiti.
4. Bagaimana cara untuk membuat pesanan secara online?
Anda hanya perlu layari laman web www.sitimurni.my,
pilih produk yang diinginkan, tambah ke troli, dan teruskan ke pembayaran.
Kami menawarkan pelbagai pilihan pembayaran yang selamat dan mudah.
5. Berapakah tempoh penghantaran selepas pembelian?
Tempoh penghantaran biasanya mengambil masa 2 – 5 hari bekerja
bagi penghantaran dalam Malaysia. Penghantaran ke luar negara pula
bergantung kepada lokasi dan perkhidmatan kurier.
6. Adakah saya boleh menukar atau memulangkan barang yang dibeli?
Ya. Penukaran atau pemulangan hanya dibenarkan dalam tempoh 7 hari selepas penerimaan
dan produk mestilah dalam keadaan asal, tidak digunakan dan masih berlabel.
Sila hubungi pasukan khidmat pelanggan kami untuk bantuan lanjut.
7. Bagaimana cara penjagaan produk SITIMURNI?
Kami mengesyorkan basuhan tangan menggunakan sabun lembut
untuk mengekalkan kualiti fabrik. Elakkan penggunaan peluntur dan pengering haba tinggi
bagi memastikan ketahanan dan keindahan setiap produk.
8. Adakah SITIMURNI menerima tempahan borong atau korporat?
Ya. Kami menerima tempahan borong dan projek khas untuk agensi, korporat, atau hadiah korporat.
Hubungi pasukan jualan kami melalui e-mel atau WhatsApp untuk maklumat lanjut dan sebut harga.
9. Bagaimana cara untuk menghubungi pihak SITIMURNI?
Anda boleh menghubungi kami melalui:
📍 WhatsApp: 0177074522
📍 E-mel: customerservice.sitimurni.hq@gmail.com
📍 Atau melalui borang pertanyaan di laman web rasmi kami.












