HOW TO ORDER

CARA MEMBUAT PEMBELIAN

Langkah 1:  Buka Laman Sesawang Rasmi

Buka Laman Sesawang Rasmi www.sitimurni.my. Semak menu di bahagian laman utama. Bagi peranti telefon bimbit, tekan simbol 3 Garis dibahagian atas sebelah kanan peranti anda untuk melihat Menu.

Langkah 2: Pilih Produk Pilihan

Pilih produk pilihan anda di menu tersebut dengan menekan nama produk di menu tersebut. Pilih produk yang anda ingin beli dan tekan button Add to Cart.
Jika anda mahu membeli lebih daripada 1 kuantiti, sila tambah di ruang penambahan kuantiti. Jika anda mahu menambah produk lain, anda boleh dengan menekan semula menu dan memilih produk lain.

Langkah 3: Semak Add to Cart

Setelah selesai pemilihan produk, anda perlu menekan simbol bakul di penjuru atas sebelah kanan peranti anda untuk menyemak senarai produk yang anda telah pilih. Anda boleh mengkemaskini produk yang anda pilih dengan menambah kuantiti, mengurang kuantiti atau membuang produk tersebut dengan menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat dalam bakul tersebut. Jika tiada sebarang perubahan, anda boleh terus menekan button CHECKOUT.

Langkah 4: Pembayaran

Isi maklumat yang diperlukan dalam borang dinyatakan. Pastikan semua maklumat di isi adalah tepat. Setelah itu, pilih jenis perkhidmatan penghantaran yang anda mahu gunakan. Pilih kaedah pembayaran. Klik di kotak setuju dan tekan butang Place the Order. Anda akan dibawa ke laman sesawang bagi bank yang anda pilih dan isi maklumat perbankan anda.

Langkah 5: Penghantaran

Setelah anda berjaya membuat pembayaran,  anda akan menerima email di email yang anda nyatakan dalam borang checkout seperti dalam Langkah 4. Pihak kami akan memproseskan pembelian anda dalam tempoh 48 jam dan akan memberi maklumat penghantaran melalui whatsapps anda.

REGISTER