PERTUKARAN & PEMULANGAN

POLISI PEMULANGAN DAN PERTUKARAN.

SITIMURNI akan memastikan segala produk kami yang di proses dan dihantar dalam keadaan yang terbaik. Proses semakan kualiti dilakukan oleh pihak SITIMURNI sebanyak 5 kali semakan bagi memastikan setiap produk yang diterima oleh pelanggan kami adalah yang berkualiti dan terbaik. Jika pihak anda tidak berpuas hati dengan produk yang telah anda beli, anda boleh memulangkan kembali kepada pihak kami dalam masa 7 hari selepas penerimaan.

Anda boleh memulangkan item tersebut jika item tersebut diterima salah item dibeli, rosak disebabkan penghantaran atau tidak melepasi semakan kualiti.

Selain daripada alasan ini, pertukaran tidak akan diterima. Sebarang pertukaran hanya dibenarkan buat sekali sahaja dalam satu masa.

 

Semua pemulangan termaktub dalam terma dan syarat dinyatakan:

  1. Produk hendak belum dibasuh, tiada perubahan jahitan dan belum dipakai bagi tempoh yang lama. Segala label harga/barcode perlu dilekat bersama dan perlu disertakan dengan bungkusan asal. Sila kembalikan sama resit yang disertakan dalam bungkusan sebagai bukti pembelian.
  2. Polisi ini untuk semua platform pembelian kami kecuali pembelian terus di Butik kami atau pusat pameran.
  3. Untuk produk yang mempunyai jualan murah atau lelong tidak lepas semakan kualiti, pertukaran tidak diterima.
  4. Pihak kami berhak untuk menolak pemohonan anda untuk pertukaran dan produk akan dihantar balik kepada anda dan kos penghantaran ditanggung oleh anda.
  5. Sebarang petukaran hanya produk yang sama seperti pembelian kecuali produk tersebut sudah kehabisan stok, pihak khidmat pelanggan akan menawarkan produk yang sama harga dengan pembelian atau pemulangan wang.
  6. Bagi pemulangan wang akan dilakukan dalam 7 hari masa bekerja dan akan kredit ke dalam akaun bank anda seperti maklumat yang diberikan oleh khidmat pelanggan kami.
  7. Alasan lain yang diterima seperti “ saya ubah fikiran”, “warna yang tidak sama daripada katalog diberi”, “tidak minat design dibeli”, “size tidak muat dengan saya”, dan “saya mahu tukar warna lain”.

Untuk produk yang mahu dibuat pertukaran boleh maklum ke khidmat pelanggan kami dan pihak kami akan uruskan pengambilan di alamat mengikut masa dipersetujui (Hanya penghantaran menggunakan NINJAVAN sahaja).

Sebarang pertanyaan mengenai proses pertukaran ini, sila email kepada [email protected] dan pihak kami akan menjawab dan menyelesaikan permasalahan anda dalam masa 48 jam.

REGISTER